Masalah limited network connectivity selalu terjadi
kepada komputer yang berada dalam rangkain setempat (LAN) terutamanya kepada
komputer yang menggunakan sambungan wifi.
Antara sebab terjadi masalah ini:
1.
Anda memasukkan password
salah untuk sambungan wifi tersebut
2.
Berlaku konflik IP pada
router/switch
Tetapi bagaimana jika anda menggunakan password wifi
yang betul, berada pada sambungan wifi yang sama dengan rakan anda, tetapi anda
menghadapi masalah limited network connectivity manakala rakan anda dapat
bermain internet dengan lancarnya?
Ikuti tutorial ringkas ini.
Sebelum bermula, tutorial ini menggunakan sambungan
Wifi sebagai contoh. Namun begitu, tutorial ini boleh juga digunakan untuk
sambungan LAN. Anda juga perlu mengakses komputer rakan anda yang dapat
menggunakan internet tanpa masalah.
Langkah pada
komputer rakan:
1.
Buka komputer rakan anda
dan pastikan komputer ini mendapat sambungan internet tanpa sebarang masalah.
2. Klik pada
lambang WIFI dan klik Open Network and Sharing Center
3.
Klik pada Connections
seperti gambar dibawah
4.
Tetingkap dibawah akan
terpapar. Klik pada Details.
5.
Salin IPv4 address, IPv4
Subnet Mask, IPv4 Default Gateway dan IPv4 DNS server
Langkah pada
komputer anda:
1.
Klik pada lambang WIFI dan
klik Open Network and Sharing Center. Pastikan anda
telah connected pada network tersebut.
2.
Klik pada Connections
seperti gambar dibawah
3.
Tetingkap dibawah akan
terpapar. Klik pada Properties.
4.
Double klik pada TCP/IPv4
5. Klik
pada Use the following IP address
6.
Sekarang isi IP address,
Subnet Mask, Default Gateway dan DNS server dengan meniru konfigurasi IP
komputer rakan anda tetapi pastikan IP address adalah sedikit berlainan. Contoh
IP address komputer rakan anda ialah 10.0.0.25 jadi untuk komputer anda gunakan
IP address 10.0.0.26.
IP komputer rakan anda:
IP Komputer anda yg baru diubah:
7.
Klik OK dan tengok
hasilnya. Jika anda mendapat message IP conflict, sila ubah IP address yg anda
masukkan ke IP yang lain. Contoh 10.0.0.27.
Demikian
Artikel tentang Cara Mengatasi Masalah Limited Network Connectivity (Win 7) Semoga bermanfaat…
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan anda. Silahkan berikan komentar tentang artikel ini. jimmydj81.blogspot.com berhak menyaring Komentar yang akan ditampilkan.